Tuesday, May 08, 2012

salim & rokiah generations day

alhamdulillah..sabtu &ahad lepas kami de family gathering..mmg happening.. tahun ni team dari selangor jd organizer.segala persiapan telah dibincangkan..camar laut bagan lalang mjd lokasi pilihan.. segala pembahagian tugas dbuat..

seawal 10 pg sudah de family dari johor da sampai. family pak uda (uda&dara),mak mila, pak mat (pak mat karaoke) adalah family pertama yg tibe..maklumla sebelum subuh da btolak katanya.

seperti yang dijanjikan 2 ptg bermula urusan check in dan selaku urusetia yang berbakat..mane lg klu tak tumpah ke adik sendiri..hehehe so tugas check in diuruskan oleh adik. sementara menanti kehadiran semua VVIP kami lepak je kat bawah pokok..redup je..yang best nya chalet tu myediakan pangkin..

good idea from my loving sister



hanya tinggal Family Pak Long je belum check in

sangat nyaman dan tenang
lebih kurang 3 ptg, game bermula..bermula kemeriahan dan kekecohannya..dsebabkan aku dan hubby telah dpilih mjadi urusetia game.. so tak dapatla join game yg banyak..lebih kurang 2game je dpt follow.yg lain dpt tgk je.
dimulakan dgn game lari bawa ping pong kanak2


ayah yang excited lebih


paling mencabar adalah game ni..yang pastinya mmg tak boleh nak strike. kalau kene pun sekadar kebetulan..kecewa sbb hubby pun tak leh nak score..

syarat permainan kepada semua wakil keluarga

gaya ade dah, tp sayang...

pada sebelah malam pula, majlis bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah Nenda yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2000 dan 2010. semoga rohnya dicucuri rahmatNya. makan malam pula dibuat secara kecil-kecilan tetapi kemesraan jelas diwajah2 semua tetamu yang hadir. di tambah pula dgn beberapa acara "gaya anggun" kanak2 dan teka-kata, kelapa beracun yang lebih relax.
jangan sampai hangus ye bang.
kambing bakar pun ade

ahad pagi hujan, so plan utk game padang terpakse dibatalkan. digantikan dgn game yang lebih santai tetapi memerlukan kepekaan. game yang ni aku paling suke.. dapat pulak makcik pakcik sepupu sepapat yang sporting dan gila2 mmg BOMM!! dan 2 aktiviti tambahan sementara menunggu penyampaian hadiah jam 12pm. nasib backup plan ade, memandangkan cuaca sekarang tidak mementu. dewan kuliah menjadi sasaran.

teka biji betik,

riuh
i love pinky - Family Mat Ron (selangor)
family Lai Soh - orange
Family Pak Long The Best - Blue (Juara 2012)

kene BOMM!! ape pun tak boleh.

makan gula paling cepat
khusyuk dengar syarat permainan

susun hadiah

aktiviti tamat jam 2ptg dengan jaya. semoga ikatan persaudaraan yang mesra akan bertambah erat di samping meningkatkan hubungan kekeluargaan walau dimana pun jua. Amin

1 comment:

  1. sekadar perkongsian... su, ang kene rajin blogwalking kalau nak ramai follower.. :)

    dalam blog ini diorang guna konsep "give n take" u follow i, i follow u..

    ReplyDelete